Salam sejahtera,

Pada 10 februari yg lalu, YDP BKAN Sarawak iaitu Al-Fadhil Ustaz Abdul Salam diiringi dua orang exconya telah menziarahi Shibin El-Kom tanah jajahan Menoufia tempat DPM Shibin El-Kom beroperasi. Ketibaan mereka disambut oleh Ahli Bait kepada saudara Arif Syuhadat yang merupakan pelajar tunggal yang baru mendaftarkan diri di kuliah Shibin pada sesi ini dan beliau adalah merupakan satu-satunya pelajar Sarawak di Shibin El-Kom ini.

Kehadiran YDP serta rombongan kesini adalah untuk menziarahi saudara Arif Syuhadat dan dalam masa yang sama YDP ingin merasai kemanisan ukhuwwah dan cara hidup pelajar malaysia di muhafazah. "Ini adalah kali pertama Ana sampai di Shibin El-Kom ini, kami ingin merasa cara hidup sahabat-sahabat disini" ujar Ustaz Abdul Salam kepada Pengerusi DPMS semasa perbincangan dua hala dijalankan sambil bertukar-tukar pengalaman antara mereka.

Rombongan telah dibawa bersiar-siar sekitar Shibin antaranya, Kuliah Al-Azhar di Shibin El-Kom, Souq atau asar terkemuka di Shibin, dan rombongan juga berkesempatan melawat Pusat DPM Shibin El-Kom beroperasi berdekatan dengan Masjid Seif.

Berikut adalah gambar-gambar kenangan rombongan mereka ke Shibin El-Kom :-


-mendengar penerangan dari Us. Ahmad Faizal selaku musyrif Jalan-Jalan Shibin berkaitan Kuliah Al-Azhar disini.
*mereka terpaksa menjenguk dari luar sahaja disebabkan kuliah ditutup kerana musim cuti semester pertama.
-bergambar kenangan berlatar belakangkan kuliah Shibin. Tidak ketinggalan 2 orang musyrif profesional antara yang pakar selok-belok jalan di Shibin.

-Pemandangan kuliah dari luar tembok.

-bergambar kenang-kenangan di Darul Irsyad DPM Shibin El-Kom.

Pihak DPMS mengucapkan jutaan terima kasih kepada rombongan yang hadir. Diharap ziarah ini dapat mempereratkan ukhwwah sesama mahasiswa di bumi Mesir ini...

Sekian dari bilik berita menoufia press...

0 comments: